Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS BUKA KERTAS SIASATAN KES TIKAM DI HOSPITAL SELAYANG

Shah Alam, 16 Februari 2023 - Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan kes seorang pesakit mental menikam seorang lelaki di Jabatan Kecemasan, Hospital Selayang pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam berkata, dalam kejadian pada jam 3.45 petang itu, saksi mendakwa suspek berusia 22 tahun telah menikam di bahagian pinggang mangsa dengan menggunakan pisau.

“Akibat serangan itu, mangsa yang berusia 29 tahun mengalami kecederaan pada abdomen kiri dan kanan badan serta bahagian belakang badan," katanya.

Menurutnya, keadaan mangsa kini stabil setelah menjalani pembedahan.

“Punca suspek menyerang mangsa tidak diketahui,” jelasnya.

Tambah Dato' Sasikala Devi, suspek telah diberi rawatan dan ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Selayang.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS