Georgetown, 19 Februari 2023 - Sekumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme di dalam bangunan sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Selatan akan dikenakan khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab.
Menurut kenyataan itu lagi, tindakan sewajarnya sedang diambil oleh pihak sekolah dan sekumpulan pelajar terlibat telah dipanggil bersama waris mereka pada Sabtu bagi membincangkan isu tersebut.
"Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi,” katanya.