Menu

#WarAgainstDrugs ARTIKEL PILIHAN: POLIS GAGALKAN CUBAAN ANGKUT SYABU RM64.8 JUTA GUNA LORI DITUNDA

Kangar, 23 Februari 2023 - Polis menggagalkan cubaan sindiket dadah mengangkut 1.8 tan dadah jenis Syabu bernilai kira-kira RM64.8 juta dengan menggunakan lori tunda untuk menunda sebuah lagi lori yang membawa bahan itu.

Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Surina Saad berkata lori tunda itu ditahan ketika operasi bersepadu melibatkan Pasukan Gerakan Am Batalion 2 Briged Utara, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis dan Pasukan Polis Marin Perlis di sekitar Jalan Sungai Baru Simpan Empat kira-kira 4 pagi pada 19 Feb.

“Ketika rondaan ketua pasukan operasi tersebut menahan sebuah lori yang sedang menunda lori yang tertutup dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 27 guni yang setiap satu mengandungi 25 bungkusan disyaki dadah jenis Syabu di dalam lori yang ditunda tersebut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut;

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Polis Perlis dan BERNAMA.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS