Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BUANG BUDAYA ‘ORANG SAYA’ DALAM PDRM - KPN

Kuala Lumpur, 25 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, mengingatkan semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak mengamalkan budaya puak, my men atau ‘orang saya'' dalam pasukan.

Beliau menegaskan, budaya sedemikian tidak boleh berlaku dan tidak boleh dibenarkan berlaku, sebaliknya semua anggota dan pegawai perlu dilayan sama rata.

“Saya ingin memberi pesanan kepada semua ketua polis negeri, anggaplah semua ketua polis daerah dan anggota berada bawah seliaan anda, sebagai satu pasukan, tiada my men and your men (orang saya dan orang awak).

“Selagi mereka mengenakan seragam biru polis, selagi itulah mereka tergolong bawah kepemimpinan orang itu (ketua), supaya tidak ada unsur ‘anak emas, ‘anak perak’ dan sebagainya.

“Dalam pasukan polis, tiada istilah ‘ini orang IGP (Ketua Polis Negara), ‘itu orang KP' (ketua polis negeri). Semua adalah orang saya dan saya wakilkan semua ketua polis negeri untuk bimbing dan tadbir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Selangor antara Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, dan Ketua Polis Selangor yang baharu, CP Dato' Hussein Omar Khan, di Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 2 people, people standing and text that says 'Buang budaya 'orang SHAH MAKTAB PDRM KUA saya' dalam PDRM Negara orang orang Polis (ketua KPN ingatkan semua anggota, pegawai perlu dilayan sama rata Oleh Not Azizah Mokhtar bhnews bh.com.my polis negeri E berkata, Kuala Lumpur: Ketua Polis Khan, PDM) Cheras, orang dalam mung- konteks tiada semua akziah Sani memakaikan pangkat kepada Hussein pada Ketua Selangor Maktab nal. dilaporkan berkata mangsa adalah anggota Serah Tuqas BERNAMA) wang Selatan pada turut PDRM Januari Pinang dalam iar anak erak pasukan polis, tiada persimpangan PDRM, dalam organisasi melihat unyai supaa tampil mem-'
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS