Kuala Lumpur, 27 Februari 2023 - Mengasak bertubi-tubi menjadi strategi kemenangan, Petinju Kelab
Muaythai Kuda Merah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Konstabel Mazlisham Mohamed untuk merangkul Tali Pinggang
Sinar Harian setelah menewaskan Ariq lqwan dalam Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa 2023.
Asakan petinju Kuda Merah PDRM Naga Emas itu membuatkan lawannya rebah pada pusingan ketiga
daripada lima pertarungan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Petinju berusia 23 tahun itu menerima tentangan Ariq di pusingan pertama sebelum bertahan pada pusingan berikutnya, namun bangkit mengasak pada pusingan ketiga menyebabkan lawannya tidak mampu bertahan.
“Alhamdulillah strategi jurulatih menjadi. Sengit pada pusingan pertama sebelum saya memperlahankan rentak dan kemudian mengasak bertubi-tubi untuk meraih kemenangan,” kata petinju dari Pasir Mas, Kelantan itu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.