Menu

TIMBALAN KPN RASMI MAJLIS PENUTUPAN OBK SIRI 2/2023 DAN UJIAN RONDA PANDU ARAH BRIGED TENGGARA PGA

Machang, 27 Februari 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir merasmikan Majlis Penutupan Op Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 2/2023 dan Ujian Ronda Pandu Arah Peringkat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) 2023 di Jabatan Perhutanan Bukit Bakar, di sini.

Seramai 39 pegawai dan anggota Briged Tenggara PGA telah terlibat dalam OBK pada kali ini, bermula dari 8 hingga 27 Februari 2023 yang melibatkan martak di Rezab Hidupan Liar Krau, Temerloh, Pahang dan dua subtak di Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang dan Pusat Latihan Perhutanan Bukit Bakar, Machang, Kelantan.

“OBK yang dilancarkan pada suku tahun ketiga 2019 telah menghasilkan impak yang positif terhadap pemuliharaan flora dan fauna di negara kita. Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Perhutanan negeri dan lain-lain agensi telah berjaya menonjolkan aspek penguatkuasaan yang amat efektif sepanjang OBK dilaksanakan dan ia turut dibuktikan dengan kejayaan-kejayaan yang amat signifikan sepanjang operasi ini berlangsung,” ucap Tan Sri Razarudin.

Tambah Tan Sri Razarudin, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) khususnya telah berjaya menubuhkan satu lagi elemen baharu dalam Pasukan iaitu Wildlife Crime Bureau (WCB) bagi menangani kes-kes melibatkan jenayah alam sekitar.

Tan Sri Razarudin turut menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pemenang bagi Ujian Ronda Pandu Arah anjuran Batalion 8, PGA Pengkalan Chepa yang melibatkan penyertaan daripada 10 buah pasukan.

Juara bagi ujian tersebut dimenangi oleh Kompeni B, Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, diikuti Kompeni C, Batalion 7 PGA Kuantan di tempat kedua manakala tempat ketiga menjadi milik Kompeni C, Batalion 9 PGA Kuala Terengganu.

Hadir sama dalam majlis tadi ialah Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato’ Hasnan Yusop, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan KDNKA, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato’ Hasan Basri Ahmad Safar selaku Jawatankuasa Penganjur, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin

May be an image of 5 people

May be an image of 9 people and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing, military uniform, outdoors and text that says 'KAKAR ASARUDIN POLIS POLIS'

May be an image of 9 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 8 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'DAN RONDA PANDU ARAH PERINGKAT TENGGARA PGA 2023 GEKAL PGA SETIA ERANI MA 27 FEBRUARI 2023 HAN PERHUTANAN BUKIT NG, KELANTA RAZARUDIN MUHAMMAD POLIS MIKAN OLEH AZARUDIN UA POLIS'

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 7 people and people standing

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS