Menu

38 TAHUN TABUR BAKTI, DATO’ SRI ZAINI JASS BERSARA WAJIB ESOK

Kuala Lumpur, 8 Mac 2023 – Setelah 38 tahun menabur bakti dan khidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Zaini Jass akan menjalani persaraan wajib sebagai penjawat awam mulai esok.

Menyingkap kembali sejarah perkhidmatan beliau dalam Pasukan, Dato’ Sri Zaini memulakan kerjaya sebagai Inspektor Percubaan pada tahun 1984 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Setelah beberapa tahun berkhidmat, beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjawat pelbagai jawatan penting, antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Pahang, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik/ Inspektorat) JSJK Bukit Aman dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman.

Sifat berkarisma, sentiasa professional, berketerampilan menarik dan sentiasa mesra menjadikan beliau mudah didampingi bukan sahaja dalam kalangan pegawai serta anggota malah warga Pasukan.

Pada tahun 2018, kepimpinan beliau semakin menyerlah apabila dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, sebelum diangkat menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah pada tahun 2020. Komitmen tinggi dan khidmat cemerlang yang dipamerkan, beliau kemudiannya diberikan mandat untuk mengemudi Jabatan Pengurusan sehingga kini.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyifatkan Dato’ Sri Zaini sebagai seorang pegawai kanan yang sangat berdedikasi dan berwibawa memainkan peranannya sebagai ketua.

"Sesungguhnya, segala pengorbanan serta khidmat bakti yang dicurahkan Dato’ Sri Zaini kepada Pasukan dan negara, akan tetap dikenang dan disanjung tinggi," kata beliau dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, PULAPOL Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Zaini telah menyerahkan jawatan Pengarah Pengurusan kepada Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato’ Nerita Yaacob yang akan memangku jawatan tersebut dengan disaksikan oleh Tan Sri Acryl Sani.

Manakala jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan yang disandang oleh Datin Sri Hjh. Hairiah Hj. Mohd Tahir turut dipangku oleh Dato’ Nerita Yaacob dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Sebagai penghargaan dari Pasukan buat Dato’ Sri Zaini, Majlis Paluan Berundur akan diadakan di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur, petang ini.

Majlis yang bakal berlangsung dalam penuh adat istiadat kepolisan itu juga akan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat Dato’ Sri Zaini dan Datin Sri Hjh. Hairiah.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain, barisan Pengarah PDRM dengan isteri, Ketua-ketua Polis negeri bersama isteri dan ahli-ahli PERKEP.

Bagi pihak seluruh warga PDRM khususnya dari Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti Dato’ Sri sepanjang berkhidmat dalam Pasukan, dan bahagia bersama keluarga tercinta sepanjang tempoh persaraan.

Kami mendoakan agar Dato’ Sri dan isteri memperolehi kehidupan yang sejahtera serta dilimpahi kesihatan yang berkekalan. Insya-Allah.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'PULAPOL KUALALUMPUR KUALAL PULAPOL PULAPOL PULAPOL KUALA LUMPU PULAPOL KUALA KUALALUMPUR LUMPUR PULAPOL KUALA LUMPUR **X ★ ZAINI PULAPOL APOL UMPUR IMPU'

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'PULAPOL PULAPOL PULAPOL PULAPOL KUALA PULAPOL PULAPOL PULAPOL PULAPO KUALALUMPUR An PULAPOL KUALA LUMPUR PULAPOL KUALALUMPUR PULAPOL PULAPOL PULAPOL KUALALUMPUR PULAPOL KUALA KUALALUMPUR PULAPOL PULAPOL KUALALUMPUR V AAR'

May be an image of 3 people, people standing, military uniform and text that says 'PULAPOL PULAPOL APOL LUMPUR PULAPOL KUALALUMPUR PULAPOL KUALA KUALALUMPUR PULAPOL PULAPOL KUALALUMPUR ZAINI APOL ALUMPUR PULAPOL KUALALUMPUR RAZARUDIN JLAPOL LALUMPUR ULAP ALALUM ACRYLSANI ULAPOL LALUMPUR'

May be an image of 6 people, people standing and text

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'PERKEP Serah Terina PEN ERUSI PERKEP JABATAN PENGURUSAN DATIN SRI HJH. HAIRIAH BINTI HJ. MOHD TAHIR DCP DATO' N BINTI YAACO PENERIMA'

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 13 people, people standing, headscarf, indoor and text that says '9 SERAH TERIMA PENGARAH PENG POLIS DIRAJ RN'

May be an image of 12 people and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS