Kuala Lumpur, 8 Mac 2023 - Seorang lelaki bergelar Datuk, antara lapan individu ditahan dengan rampasan 300 kilogram (kg) Syabu bernilai kira-kira RM10 juta dalam lima serbuan di sekitar Lembah Klang dan Seremban, Negeri Sembilan pada 3 Mac lalu.
Timbalan Ketua
Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yahaya Othman, berkata serbuan dalam Op Greyhound itu dilakukan serentak terhadap tiga lokasi bermula jam 11 pagi hingga 2 petang pada Jumaat lalu.
“Dalam serbuan itu, kami menahan lapan individu termasuk seorang wanita berusia 27 hingga 61 tahun dengan seorang daripada mereka memiliki gelaran Datuk.
“Hasil serbuan itu, kami merampas 300 kg Syabu yang diletakkan dalam bungkusan teh cina serta dua kg Ekstasi dianggarkan bernilai RM10.8 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.