Selain bersemuka dan berdialog dengan orang awam, Dato' Aidi yang turut diiringi Pemangku Timbalan Ketua Polis Pahang
merangkap Ketua JPJKK Kontinjen Pahang, SAC Nor Hisam Nordin mengedarkan risalah pencegahan jenayah sebagai panduan mengenai trend jenayah masa kini.
Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (KPP) (Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman, SAC Baharudin Mustafa dan KPP (Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK Bukit Aman, SAC Azhan Abdul Halim.