Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KANAK-KANAK MATI DIDERA MENINGKAT

Kota Bharu, 17 Mac 2023 - Kes kanak-kanak mati akibat didera di negara ini meningkat dalam tempoh empat tahun bermula 2018 sehingga tahun lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 81 kes diterima polis pada tahun 2022, 2021 (65 kes), 2020 (44 kes), 2019 (43 kes) dan 2018 (25 kes).

Kes-kes jenayah seksual lain melibatkan kanak-kanak dan wanita yang direkodkan pada tahun lalu ialah rogol sebanyak 1,398 kes, rogol berkumpulan 103 kes dan sumbang mahram sebanyak 264 kes.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, tekanan hidup kerana masalah kewangan antara punca peningkatan kes penderaan terhadap kanak-kanak selain menyebabkan perlakuan keganasan dalam rumah tangga.

“Sekarang ini ramai yang mengalami tekanan hidup hingga menyebabkan kecederaan kepada anak-anak dan isteri.

“Jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak pula disebabkan pengaruh negatif daripada penggunaan gajet dan teknologi tanpa kawalan ibu bapa, ketagihan porno dalam talian dan pengaruh rakan sebaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini pada Khamis.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Kanak-kanak mati didera meningkat Tekanan hidup kerana (CIC) Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPK) Kelantan masalah kewangan antara punca peningkatan Oleh ADILA SHARINNI WAHID KOTA BHARU Siasatan Penolong Pengarah Wanita Bukit Aman, Hassan Kelantan, Datuk Mohd Yhazid Idris. Abd kanak akibat didera nega- da- empoh empat tahun Sepanjang tempoh mangsa dan seksual kes) 2018 seksual Menurut beliau, setakat ada 5CIC sebuah pada tahun 398, 'Polis Bukit Aman, Datuk yang lebih atau setiap berbanding sebuah ada mengalami Abd isteri. turut daripada atau terlibat dan talian Mohd Beliau berkata Yhazid ber- kepada pem- jenayah Temuduga negeri -kanak -kanak ialah kanak manakala katanya.'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS