Menu

SEIRING SEJALAN SEJUTA KENANGAN, GAMIT MEMORI SEPANJANG PERKHIDMATAN PESARA PDRM

Kuala Lumpur, 17 Mac 2023 – "Seiring Sejalan Sejuta Kenangan" menjadi tema bagi Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2022 yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel Royale Chulan, di sini, malam tadi.

Majlis anjuran Mes Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman tersebut telah dihadiri seramai 147 pesara polis bersama pasangan dari seluruh kontinjen bertujuan untuk meraikan dan menghargai jasa bakti mereka yang telah sekian lama mencurahkan keringat di dalam Pasukan keramat ini.

Lebih bermakna buat mereka pada malam ini apabila Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merangkap Yang Dipertua Mes ditemani isteri, Puan Sri Ir. Zaiton Mohd Isa merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia bersama-sama meraikan kesemua pesara yang hadir.

Berucap dalam majlis tersebut, KPN berkongsi rasa teruja dapat bersua kembali dengan sahabat seperjuangan. Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan para pesara agar mendaftarkan diri dalam Sistem ePesara PDRM bagi mereka yang masih belum berbuat demikian selain 
mengemaskini maklumat peribadi terutamanya alamat dan nombor telefon yang aktif bagi memudahkan mereka mendapatkan informasi terkini serta kelangsungan kebajikan secara berterusan.

 “Melalui pendaftaran tersebut juga, para pesara boleh memohon bantuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) meliputi bantuan khairat kematian, bantuan pergerakan, bantuan perubatan, bantuan pendidikan, dan bantuan bencana alam.” ujar beliau.

Selain itu, Tan Sri Acryl Sani turut menggalakkan para pesara untuk terus setia bersama Koperasi PDRM di mana banyak kelebihan dapat dinikmati antaranya pulangan dividen yang lumayan, perlindungan takaful kelompok dan insentif pelajaran sekiranya tanggungan ahli mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama negara.

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Acryl Sani turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan buat para pesara yang dirai.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain merangkap Timbalan Yang Dipertua Mes dan isteri, Puan Sri Zainah Othman merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, barisan Pengarah PDRM dan isteri serta Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman merangkap Timbalan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Malam Mes Pesara Tahun 2022.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 18 people, people standing, people sitting and text that says 'DRM'

May be an image of 1 person

May be an image of 13 people, people standing, suit and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text that says 'PDRM'

May be an image of 3 people, people standing and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS