Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: UNIT BERKUDA FRU KAWAL SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND

Marang, 19 Mac 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperluaskan skop penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) apabila menggerakkan Unit Berkuda pasukan itu bagi mengawal sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, jika sebelum ini unit berkuda hanya melakukan rondaan biasa di bandar selain membantu meleraikan rusuhan, kini skop penugasan diperluaskan ke sempadan negara.

“Kita sudah menggerakkan unit berkuda ini ke sempadan Malaysia-Thailand bermula di sempadan Bukit Kayu Hitam dan kini rondaan dilakukan di sempadan Kelantan-Thailand.

“Dalam melakukan rondaan keselamatan, pada masa sama unit berkuda ini akan mencari maklumat berkaitan jenayah rentas sempadan, termasuk penyeludupan untuk dikongsikan dengan lain-lain agensi dalam PDRM,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS