Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN RASMI PENUTUPAN KEJOHANAN BADMINTON DAN TENIS PIALA KPN TAHUN 2023

Port Dickson, 19 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Badminton dan Tenis Piala KPN bagi tahun ini di Dewan Michael's Badminton Academy, Lukut, di sini semalam.

Kejohanan yang berlangsung dari 15 hingga 18 Mac itu menyaksikan Kontinjen Perak muncul sebagai juara berpasukan bagi acara badminton selepas menewaskan Kontinjen Sabah dalam perlawanan akhir. Manakala tempat ketiga milik Kontinjen Kuala Lumpur dan Johor.

Bagi acara tenis pula, juara kategori berpasukan disandang oleh Kontinjen Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman selepas Kontinjen Sarawak akur di tempat kedua, manakala Kontinjen Sabah dan Pahang berkongsi tempat ketiga.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin, Ketua Polis Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Pengerusi PERKEP Negeri Sembilan, DSP Datin Erny Yusnida Che Yusoff, para pegawai kanan polis, barisan pengurus pasukan dan ahli-ahli PERKEP.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS