Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI POLIS KE-216: KEBERANGKATAN YANG DI-PERTUAN AGONG BERI IMPAK MOTIVASI KEPADA WARGA PDRM

Kuala Lumpur, 21 Mac 2023 - Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang julung kali bercemar duli ke Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 pada Isnin memberikan impak besar kepada moral dan motivasi pasukan polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan keberangkatan Seri Paduka sebagai momen berharga berkata, ia mendorong warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk lebih kompeten, komitmen dan profesional, sesuai dengan tugas hakiki.

“Sambutan Hari Polis semalam menjadi lebih manis dengan menerima KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Al-Mutawakkil Allallah Sultan Iskandar Al-Haj. Bagi pihak seluruh keluarga besar pasukan polis, ia tentunya menjadi momen yang sangat berharga," katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan warga PDRM atas perkhidmatan yang disifatkannya luar biasa.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.
May be an image of text
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS