Menu

[ISU TULAR] KERATAN AKHBAR PILIHAN: JAINJ, POLIS BURU EMPAT AHLI SI HULK HINA ISLAM DAN NABI

Iskandar Puteri, 22 Mac 2023 - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan empat lelaki yang dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat, Si Hulk yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Tiktok, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tuan Mohd Fared Mohd Khalid berkata, JAINJ sudah menerima laporan berhubung penularan video berkenaan kelmarin.

Katanya, JAINJ membuat laporan polis dan meminta bantuan PDRM mengesan empat lelaki dipercayai berasal dari daerah ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan fahaman serta ajaran Si Hulk yang diasaskan Suhaini Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan akidah, syariah serta akhlak Islam, sejak Julai 2021.

“Dalam video tular itu, dengar seperti mereka sebut Syiah, tetapi sebenarnya ia adalah ajaran sesat Si Hulk.

"Video tular empat lelaki mengenai ajaran Si Hulk ini bermakna ajaran sesat ini masih ada pengikut setia di negeri ini, walaupun sudah diharamkan dua tahun lalu.

"Situasi ini amat membimbangkan, apatah lagi video itu dapat ditonton dengan bebas oleh generasi muda. Oleh itu, JAINJ dan PDRM giat mengesan empat lelaki berkenaan bagi tindakan susulan.

"Kerajaan Johor memberi amaran kepada pelaku dalam video terbabit dan mana-mana pihak supaya menghentikan penyebaran ajaran sEsat ini. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil," katanya pada sidang media, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'JAINJ, polis buru 4 ahli Si Hulk hina Islam, Nabi Jawatankuasa Hal Khalid pengikut Video tular di Tiktok bukti masih ada pengikut ajaran diharamkan 2 tahun lalu dinegeri Kerajaan Johor memberi amaran kepada pelaku di dalam video terbabit dan mana- mana pihak supaya menghentikan penyebaran ajaran sesat Jika tidak, tindakan undang- undang akan laporan Negeri (ADUN) Semerah berka- mat membim membuat empat dalam Mohamed bagi Noh, Dayang Pretty kumpulan Khalid, Hai Agama Agama aporan Dalam yang Islamd SAW Tiktok, menyebut mengenal tu- erkenaan kini. dalam empat lelaki ber sesat Dalam akan memberi Dewan katanya sahkan PDRM yang media'
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS