Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS RAMPAS SYABU RM17.9 JUTA DI BAWAH BAJU TERPAKAI

Tanah Merah, 23 Mac 2023 - Polis merampas 499 kilogram (kg) dadah jenis Syabu bernilai RM17.9 juta dari sebuah van di tepi jalan Kampung Wan Ahmad, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Azman Ayob, berkata dalam kejadian pada 9.30 malam itu, seorang suspek melarikan diri ke arah semak samun berhampiran dan meninggalkan van itu ketika serbuan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu.

Katanya, pemeriksaan mendapati 13 guni putih berisi dadah jenis Syabu disorokkan di dalam timbunan pakaian terpakai.

“Bekalan dadah itu dipercayai dibawa masuk melalui pangkalan haram berdekatan sempadan Malaysia-Thailand untuk pasaran ke Lembah Klang,” katanya, di sini semalam.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, people standing and text that says 'Polis rampas syabu RM17.9j di bawah baju terpakai Timbalan Ketua Polis Kelan- 13 guni berisi Ayob. berkata dadah dipercayai diseludup melalui pangkalan haram bersama pegawainya menunjukkan Hazira Ahmad Zaidi Merah, semalam. semalam Tanah Merah: kilogram dadah men- kes disiasat merampas Pejabat Berbahaya Katanya ada lebih RM17. dalam Wan dianggarkan (IPD) mar/BH) Kampung melalui pangkalan haram kawasan anggarkan bernilai lebih RM37.1 Harian, Lembah Klang, katanya, selain menerusi Khas JSJN hingga operasi pistol'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS