Menu

CP DATO’ AZMI SECARA RASMI SANDANG JAWATAN PENGARAH PENGURUSAN PDRM

Kuala Lumpur, 24 Mac 2023 - Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim hari ini secara rasmi menyandang jawatan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini pagi tadi.

Majlis pemakaian pangkat itu telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani kepada Dato’ Azmi yang disematkan lencana pangkat Komisioner Polis (CP) jawatan pengarah di hadapan para tetamu.

Seusai itu, berlangsung acara serah terima tugas jawatan Pengarah Pengurusan di antara pemangkunya, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato’ Nerita Yaacob dengan Dato’ Azmi yang disaksikan oleh Tan Sri Acryl Sani, dan disusuli penyerahan dokumen rasmi serta tongkat kuasa.

Pemangkuan sementara jawatan Pengarah Pengurusan oleh Dato’ Nerita sejak 8 Mac lalu adalah susulan persaraan wajib CP Dato’ Zaini Jass.

Seterusnya berlangsung serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan di antara Dato’ Nerita yang juga memangku jawatan tersebut kepada isteri Dato’ Azmi, Datin Sharifah Rodziah Syed Agil yang sebelum ini merupakan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur. Acara tersebut disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Hadir sama dalam majlis tadi ialah barisan Pengarah PDRM, para pegawai kanan, anggota dan pegawai awam serta ahli-ahli PERKEP.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN SERAH TEPIMA TEP THGAS PEN RAH ENG RUSAN PENGERUSI PEN ERAH PENGURUSA SANI PENERIMA'

May be an image of ‎6 people and ‎text that says '‎PENYERAH MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH PENGURUSAN RUS- PERKEP BATAN PE GURUS DIS او DLEH - GRIACRI ACRI IN SANI PENYERAH SAKSI PENERIMA‎'‎‎

May be an image of 5 people, people standing, headscarf and text that says 'MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS PENGA AH PENGURUSAN USAN NGERUSI PEY PENGURUSA --- SANI YDH L ATA PENYERAH PENERIMA'

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 13 people, people standing and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS