Kangar, 24 Mac 2023 - Polis merampas sejumlah rokok seludup, mercun dan bunga api tanpa permit bernilai RM170,000 dalam dua kes berasingan di sekitar Kangar baru-baru ini.
Ketua
Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, serbuan pertama membabitkan rokok seludup dilakukan pada Isnin lalu.
“Dalam serbuan Op Kontraban sekitar pukul 5.00 petang itu, pasukan penguat kuasa menyerbu sebuah kedai runcit di Kampung Padang Behor, di sini selepas mendapat maklumat awam dan risikan.
“Dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 59 tahun dan merampas 49 karton rokok pelbagai jenis dipercayai tiada duti kastam,” katanya.
Ujarnya, berpandukan maklumat serbuan di lokasi pertama, polis menyerbu lokasi kedua iaitu di sebuah rumah di Taman Sentosa, Kuala Perlis dan menjumpai 473 karton rokok putih pelbagai jenama tanpa duti kastam.
Tambahnya, suspek mempunyai rekod pecah rumah dan kesalahan Akta Bahan Letupan 1957 itu direman sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (l)(d) Akta Kastam 1976.
Sementara itu, dalam satu lagi serbuan pada Selasa lalu, bertindak atas maklumat Op Kontraban, polis menyerbu sebuah premis di kawasan Jalan Bukit Lagi dipercayai memiliki dan menyimpan mercun serta bunga api tanpa permit.
Jelasnya, hasil pemeriksaan menjumpai 36 kotak besar yang di dalamnya mengandungi 1,560 kotak kecil dan besar, 150 bungkusan kecil dan besar dan 15 ikatan pelbagai jenis mercun dan bunga api dipercayai untuk dipasarkan sempena perayaan Aidilfitri nanti.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Kosmo seperti di lampiran.