Kuala Lumpur, 24 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan hadir menyaksikan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur di antara CP Dato’ Azmi Abu Kassim dengan DCP Dato’ Yahaya Othman yang diadakan di Foyer A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, siang tadi.
Dalam majlis itu, Dato’
Yahaya Othman telah dilantik sebagai pemangku KP negeri selepas Dato’ Azmi memegang jawatan sebagai Pengarah
Pengurusan yang berkuat kuasa hari ini.
Turut diadakan, Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kuala Lumpur daripada Pengerusinya, Datin Sharifah Rodziah Syed Agil kepada penyandangnya, Datin Sumarni Haris disaksikan oleh Datin Seri Nor Aidila Abdul Majid, Pengerusi PERKEP JLog Polis Diraja Malaysia.
Hadir sama, Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, SAC Datuk Abu Samah Mohd Noor, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur, SAC Muhammad Idzham Hj. Jaafar, barisan Ketua Polis Daerah, warga kerja serta ahli-ahli PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur.