Kuala Lumpur, 26 Mac 2023 - Polis sudah menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Seksyen 5 Bandar Rinching, Semenyih, seperti dalam satu rakaman video yang tular sejak semalam.
Ketua
Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata kejadian berlaku pada Khamis lalu di hadapan sebuah restoran dan polis menerima aduan berkaitan kejadian pada jam 9.55 malam
hari sama.
Menurutnya, hasil siasatan, kejadian dipercayai berlaku pada jam 9.45 malam berpunca daripada seorang lelaki dalam keadaan mabuk menimbulkan kekecohan di sebuah gerai menjual burger di situ.
"Lelaki terbabit datang ke gerai itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat sambil membaling tin minuman keras ke arah gerai burger sebelum berlaku perselisihan faham antara dia dengan peniaga gerai terbabit.
"Kejadian menjadi lebih tegang apabila lelaki mabuk itu mengeluarkan senjata pisau serta parang dan cuba menyerang peniaga gerai di situ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.