Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI POLIS KE-216: TANGAN HAMPIR PUTUS DITETAK LELAKI AMUK!

Shah Alam, 26 Mac 2023 - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa meletakkan diri mereka 'dalam bahaya' demi menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.

Bukan sedikit yang cedera malah ramai juga kesatria Sang Saka Biru ini yang terkorban ketika bertugas. Semuanya dilakukan demi amanah digalas. Ikuti pengalaman empat warga PDRM yang mengalami kecederaan ketika bertugas yang dikongsikan kepada wartawan Harian Metro sempena sambutan Hari Polis ke-216, semalam.

Meskipun mendapat kecacatan kekal akibat kecederaan dialami ketika bertugas, semangat anggota polis Lans Koperal Mohammad Ridzuan Marsudi untuk berbakti kepada masyarakat tetap utuh dalam dirinya.

Dalam kejadian pada 26 September 2022 itu, tangan kiri Lans Koperal Mohammad Ridzuan hampir putus akibat ditetak dengan parang namun berjaya disambung semula selepas menjalani pembedahan di Hospital Selayang.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'Hidayah Riduwan Bahaudin am@hmetro.com.my nggota PENGORBANAN SANG SAKA BIRU TANGAN HAMPIR PUTUS DITETAK LELAKI AMUK! Mohammad Ridzuan mengamuk pembelajaran berpatah berkaitan dialamı Dalam setiap tugasan Setiap serbuan ada mempunyai risiko tersendiri September pada tangan akan apa situasi Zulhusni Inspektor awam'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS