Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: TOKAN DADAH ATAS BUMBUNG

Kuala Lumpur, 29 Mac 2023 - Polis terpaksa menggunakan khidmat anggota bomba dalam usaha menggagalkan cubaan 19 individu melarikan diri dengan memanjat bumbung melalui tingkap di sebuah flat di Jinjang Baru di sini Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Yahaya Othman berkata, serbuan di premis itu susulan risikan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul terhadap sindiket pengedaran dadah yang aktif di kawasan Sentul.

Katanya, polis melancarkan operasi itu bermula 5 pagi dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.

“Dalam serbuan itu, kami menahan sembilan lelaki dan seorang wanita mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Hasil serbuan di kawasan itu juga membawa kepada penahanan seorang lelaki di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dua lelaki di bawah Seksyen 39A(1), 13 lelaki di bawah Seksyen 12(2) dan seorang lelaki di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Semua 27 warga tempatan itu berusia antara 23 tahun hingga 40 tahun, dibawa ke Pejabat BSJND Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut,“ katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 5 people, people sitting and text that says 'GELAGAT Kuala Lumpur olisterpaks cuba melarikan diri atas bumbung dengan memanjat tingkap ketika serbuan berkenaan. Oleh Hidayah Bahaud am@hmetro.com.my Tokan dadah atas bumbung Polis terpaksa guna khidmat bomba tahan 19 suspek melarikan diri ke bahagian atas flat ama- Katanya, RM603' Ja bawah Seksyen antar Seksven (Pe- un-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS