Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS SERBU PUSAT PANGGILAN JUDI DALAM TALIAN

Kuala Lumpur, 30 Mac 2023 - Polis menahan 21 individu, termasuk tiga wanita yang disyaki terbabit dengan perjudian dan penipuan dalam talian, sejak sebulan lalu.

Mereka diberkas dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sebuah kondominium di Desa Park City, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, semua individu berusia 20 hingga 45 tahun itu ditahan hasil risikan yang dijalankan.

“Kita mendapati premis yang dijadikan sebagai pusat panggilan itu turut mempromosi judi dalam talian yang menyasarkan mangsa warga Hong Kong.

“Seorang suspek berusia 35 tahun ialah penyelia sindiket perjudian. Suspek lain memainkan peranan sebagai pegawai khidmat pelanggan.

“Semua suspek ditahan empat hari bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 4 people and text
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS