Ipoh, 1 April 2023 - Bekas Ketua
Polis Perak, Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid pada Jumaat diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.
Prosiding penerimaan masuk Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash, 61 tahun, yang telah berkhidmat selama 40 tahun sehingga bersara dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disempurnakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed.
Petisyen untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara itu tidak mendapat bantahan daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri Perak.
Ketika ditemui, Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash yang ditemani isteri, Datin Nor Qhadijah Abdul Wahab berkata, gabungan pengalaman dalam Pasukan polis dan pengetahuan undang-undang akan membantunya menjalankan tanggungjawab baharu itu dengan lebih baik.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.