Perkembangan teknologi termasuk media sosial dilihat antara pendorong kepada trend peningkatan kes penipuan dalam tempoh 10 tahun lalu kebelakangan ini.
Di sebalik kemudahan itu, ada pihak mengambil kesempatan dengan melakukan jenayah penipuan termasuk secara dalam talian.
Malah, sindiket penipuan dalam talian juga dilihat semakin kreatif menjalankan pelbagai taktik untuk menjerat mangsa, seterusnya menyebabkan mangsa kerugian ratusan ribu malah jutaan ringgit.
Justeru, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman berdepan tugas mencabar dalam mendepani dan menyelesaikan kes penipuan yang dilaporkan setiap hari.
Ikuti wawancara khas bersama Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Kamarudin Md Din yang mengupas lanjut mengenai kes-kes jenayah komersil.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.