Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: 91 SINDIKET DADAH BERJAYA DITUMPAS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melumpuhkan 91 sindiket pengedaran dadah menerusi pelbagai siri serbuan di seluruh negara bagi tempoh tiga bulan sejak Januari lalu.

Seramai 256 ahli sindiket termasuk tiga ahli kimia berjaya diberkas dan membongkar tiga buah makmal dadah.

"Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Malaysia, pelbagai aset sindiket bernilai RM23.67 juta telah disita manakala sebanyak RM1.89 juta nilai harta telah dilucuthak.

‘Terdapat dua kes menarik dalam tempoh tersebut iaitu pada 28 Mac, tangkapan ke atas dua individu di sekitar Petaling Jaya, Selangor serta merampas 298.49 kilogram (kg) dadah jenis Syabu yang bernilai RM10.7 juta.

“Kemudian pada 30 Mac pula tangkapan terhadap enam individu di sekitar Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dengan rampasan 183.6kg dadah jenis Syabu bernilai RM6.1 juta,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JSJN pada Sabtu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS