Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA 69 KOMANDO TERKENANG DUA SAHABAT TUMBANG

Kuala Lumpur, 3 April 2023 - Biarpun peristiwa berdarah Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah sudah 10 tahun berlalu, namun perasaan sedih, marah dan dendam masih dirasai Koperal Mohd Qaiyum Aiqal Zolkipli yang terbabit dalam penugasan misi Op Daulat.

Koperal Mohd Qaiyum Aiqal, anggota 69 Komando juga dikenali sebagai VAT 69, sukar untuk menerima kenyataan kehilangan dua rakan seperjuangan dalam kejadian itu iaitu Allahyarham ASP Zulkifli Mamat dan Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud yang terkorban dalam operasi bagi memerangi pengganas Sulu pada awal 2013.
“Ketika saya bersama pasukan sedang bertempur di Tanduo Lahad Datu, tiba-tiba pasukan kami dimaklumkan ada anggota yang tumbang iaitu kedua-dua arwah, Allahyarham ASP Zulkifli Mamat dan Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud.

“Apabila saya dapat tahu kedua-dua rakan seperjuangan sudah tiada, saya jadi bersemangat, marah dan geram terhadap pengganas Sulu," katanya.
Koperal Mohd Qaiyum Aiqal yang masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cawangan Kem Komandan 69 Komando, Markas Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta Perak berkata, beliau turut cedera di bahu kanan terkena tembakan musuh ketika dalam pertempuran itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS