Kuala Lumpur, 3 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kes kanak-kanak yang dilaporkan hilang dan tidak pernah menutup kes itu sehingga mereka ditemui.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, setiap kes disiasat secara berterusan sehingga mangsa berjaya ditemukan.
Menurutnya, PDRM tidak menutup mana-mana kertas siasatan selagi kanak-kanak terbabit belum ditemui.
“Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak yang dilaporkan hilang hendaklah menyalurkan perkara berkenaan kepada PDRM dengan segera.
Kerjasama daripada semua lapisan masyarakat amat penting dalam usaha untuk mengesan mangsa yang masih hilang," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.