Menu

ARTIKEL PILIHAN: GUNA LPT, LEBUH RAYA TIMUR BARAT ELAK KESESAKAN DI GUA MUSANG - POLIS

Gua Musang, 7 April 2023 - Anak Kelantan yang ingin pulang pada sambutan Aidilfitri ini dinasihatkan menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) atau Lebuh Raya Timur Barat sebagai jalan alternatif untuk mengelak kesesakan yang dijangka berlaku di laluan Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan , CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata pihaknya telah bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya berikutan cuti hujung minggu dan cuti tambahan bagi sesi persekolahan.

Beliau berkata sekiranya anak perantau menggunakan kedua-dua laluan yang boleh diakses melalui Terengganu dan Perak itu, keadaan kesesakan lalu lintas di Gua Musang akan terkawal.

“Saya tak mampu nak menjangka berapa banyak kenderaan akan masuk, tetapi pastinya Aidilfitri kali ini lebih ramai akan balik ke Kelantan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Rezeki Ramadan dan Majlis Iftar Ramadan bersama warga Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang di Dewan Tanjung IPD Gua Musang di sini, malam tadi.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2179693
Sumber: BERNAMA

GUNA LPT, LEBUH RAYA TIMUR BARAT ELAK KESESAKAN DI GUA MUSANG - POLIS

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS