Kuala Lumpur, 7 April 2023 - Menteri
Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail semalam mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Konstabel Muhammad Faezzan Syafiq Sulaiman yang cedera akibat kemalangan jalan raya, di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, di sini.
Ketibaan beliau telah diiringi Pemangku Ketua
Polis Kuala
Lumpur, DCP Dato’ Yahaya Othman bersama Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh.
Dalam lawatan tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada pegawai rendah polis itu yang patah kaki selepas dilanggar lari sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada 3 April lalu.