Menu

[POSTING PILIHAN] PERINGATAN TRAFIK: PERBUATAN MEMBALING BATU ATAU MENABUR PAKU DI JALAN RAYA MERUPAKAN SATU KESALAHAN

Perbuatan membaling batu atau menabur paku di atas jalan raya semasa memandu boleh menyebabkan kerosakan kenderaan pengguna jalan raya yang lain.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menegaskan bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=1951052648579696
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS