Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: GELAP MATA HIDUP MEWAH

Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Gelap mata dengan kehidupan mewah bakal dikecapi antara faktor utama ahli sindiket pengedaran dadah meneruskan kegiatan jenayah biarpun menyedari risiko hukuman berat menanti.

Ini terbukti apabila Syabu diseludup ke pasaran gelap negara jiran Indonesia boleh mencecah RM100,000 bagi sekilogram manakala harganya meningkat RM300,000 jika diseludup ke Australia.

Berbanding pasaran dalam negara, Syabu hanya mampu dijual RM36,000 sekilogram menyebabkan sindiket lebih memilih menyeludupnya ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penggunaan internet dan media sosial meluas menyebabkan pengedar aktif memasarkan barang terlarang itu melalui medium Whatsapp, Telegram atau laman sesawang yang disifatkan rendah risiko.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS