Menu

SEORANG PENGARAH BAHARU PDRM DILANTIK, DUA LAGI BERTUKAR JABATAN

Kuala Lumpur, 14 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyaksikan pelantikan satu muka baharu bagi menerajui jabatan di Bukit Aman dan dua pengarah lain bertukar jabatan bagi memperkemas serta memantapkan lagi pentadbiran Pasukan di peringkat Persekutuan.

Pengarah baharu yang dilantik dan disematkan pangkat Komisioner Polis (Pengarah) oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani ialah Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman, CP Dato' Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail sebagai Pengarah Cawangan Khas menggantikan CP Dato' Baharuddin Ahmad yang bertukar ke Jabatan Perdana Menteri.

Manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din pula bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang sebelum ini diterajui oleh CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Datuk Seri Ayob kini memegang portfolio Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), menggantikan CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib mulai esok.
Serah terima tugas jawatan Pengarah-pengarah PDRM dan penyerahan tongkat kuasa jabatan masing-masing disaksikan oleh Tan Sri Acryl Sani dalam satu majlis yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, pagi tadi.

Turut berlangsung tadi ialah serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) kesemua jabatan terlibat, sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Bekas Pengerusi PERKEP Cawangan Khas, Datin Hasimah Yon Abdul Latif hari ini menyerahkan jawatannya kepada penyandang baharu, Datin Munirah Che Rose manakala jawatan Pengerusi PERKEP JSJN yang disandang SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin pula diserahkan kepada Datin Sri Johariah Urib Mohd Ariffin.

Jawatan Pengerusi PERKEP JSJ yang disandang oleh Datin Sri Dr. Alida John Abdullah pula diserahkan kepada SAC Datin Seri Zalena selaku penyandang baharu.
Sementara itu, Tan Sri Acryl Sani dalam ucapannya tadi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Pasukan kepada Dato' Sri Abd Jalil yang akan bersara wajib sambil menyifatkan bekas Pengarah JSJ sebagai seorang personel yang berkaliber serta berwibawa.

"Umpama hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa. Apa yang pasti, jasa dan pengorbanan yang beliau curahkan kepada Pasukan dan negara tidak mungkin dapat dibalas, melainkan ganjaran daripada Allah SWT jua," ujar beliau.

Seusai majlis tadi, warga PDRM Bukit Aman memberikan penghormatan tertinggi kepada Dato' Sri Abd Jalil dan isteri dalam majlis ringkas "send-off" beliau menggunakan kenderaan istiadat yang tertera nombor badannya 'G 11641'.

Yang turut hadir, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri selaku Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah bersama isteri, Ketua-ketua Polis negeri bersama isteri, para pegawai kanan PDRM dan ahli-ahli PERKEP serta ahli keluarga Dato' Sri Abd Jalil.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 3 people and dais

May be an image of 3 people, dais and text that says 'PENGARAH CAWANGAN KHAS, PENGARA IABATAN ASATA ENAYAH, PENGARAH JAH LAN AN SIAS MAJL N JEN သ H NARKOTIK GKAT YERAH PENERIMA'

May be an image of 3 people, dais and text that says 'Majus Oeran Jeuma Jugas PENGARAH CAWANGAN KHAS, PENGARAH JABAT SIAA JENAYAH, PENGARA NAYAH NARKOTIK MA PANGKAT BATAN SIA TA REG NYERAH PENERIMA'

May be an image of 5 people

May be an image of 8 people

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people, dais and text that says 'PENGARAH CAWANGAN KHAS, PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH, PENGARAH JA JASI SIA JEMAYAH YAH NARKOTIK MAJLIS ΚΑΙΑ ENCA ANGKAT PENYERAH PENERIMA'

May be an image of 3 people, dais and text that says 'Majus Oeran Jeuma Jugas PENGARAH CAWANGAN KHAS, PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH, & PENGARAH JABAT SIASAT JENA NARKOTIK SERT MAJLIS PF AIAN ANA SKAT APRIL NYERAH PENERIMA'

May be an image of 3 people, dais and text that says 'PENGARAH CAWANGAN KHAS, PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH, & PENGARAH JABA SIASAT JENA NARKOTIK SERTA MAJLIS PE AIAN L ANA GKAT APRIL Î PENERIMA'

May be an image of 14 people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS