Petaling Jaya, 17 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 5,431 pegawai dan anggota
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik dalam tempoh Hari Raya Aidilfitri.
Kekuatan membabitkan 688 pegawai kanan dan 4,743 pegawai rendah JSPT turut ditempatkan di lokasi-lokasi panas kemalangan di seluruh negara bermula 18
April ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, dijangka lebih 2 juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Menurut beliau, JSPT akan melaksanakan penugasan dengan menempatkan petugas di lokasi yang dikenal pasti kekerapan berlakunya kemalangan.
“Sepanjang Op Lancar dan Op Selamat 20 yang akan dilaksanakan tujuh hari bermula 20 April ini juga akan melaksanakan rondaan secara berkala mengikut statistik lokasi, waktu dan hari kekerapan berlakunya kemalangan.
“Tindakan juga akan diambil kepada pengguna jalan raya tegar, sering melakukan kesalahan lalu lintas,” katanya semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.