Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA POLIS URB PUTUS KAKI DIREMPUH PACUAN EMPAT RODA

Kota Kinabalu, 17 April 2023 - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) putus kaki kanan apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Jalan Lintas, berhadapan City Mall, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa, 35, berpangkat Koperal dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, menurut saksi pemandu kenderaan jenis Jeep dikatakan dilihat membuat pusingan U di tempat yang salah.

"Mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah Kolombong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang bergerak lurus tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku perlanggaran dengan kenderaan Jeep berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa putus kaki kanan sehingga bahagian betis akibat terkena pada besi hadapan kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan media, semalam.

ACP Mohd Zaidi berkata, kenderaan Jeep itu turut ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS