Menu

[HEBAHAN] KADAR KHAS BAYARAN SAMAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman sebanyak RM50 bagi semua saman trafik (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya) bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim petang tadi.

Justeru, PDRM melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman bagi memudahkan orang ramai membayar saman mereka bermula 21 April 2023 (Jumaat), jam 8.00 pagi melalui saluran-saluran berikut :

i) Aplikasi MyBayar Saman;
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja);
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara; dan
iv) Semua kaunter Pejabat Pos Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini! Pada mereka yang belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui :
Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

May be an image of 4 people and text that says 'MALAYSIA JSPT MADANI KADAR KHAS BAYARAN SAMAN RM50| (KESALAHAN TAHUN 2022 DAN SEBELUMNYA) BAGI SEMUA SAMAN TRAFIK BERMULA DARI 21 APRIL HINGGA 21 MEI 2023 PDRM PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI: APLIKASI MYBAYAR SAMAN SEMUA KAUNTER BAYARAN TRAFIK IPK DAN IPD (HARI BEKERJA) MESIN ATM MAYBANK SELURUH NEGARA SEMUA KAUNTER PEJABAT POS MALAYSIA <>FPX VISA POLIS POS MALAYSIA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK pdrmsia_ PDRMsia_T YouTube JSPT CHANNEL'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS