Kulim, 19 April 2023 - Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri selepas kereta Honda Civic yang dipandu seorang lelaki cuba melarikan diri secara agresif ketika ditahan, kelmarin.
Ketua
Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dalam kejadian jam 3 petang, anggota Balai Polis Kulim terserempak kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang mencurigakan di Kampung Pondok Labu, Kulim.
Beliau berkata, ketika anggota polis terbabit cuba melakukan pemeriksaan, pemandu kereta berkenaan bertindak melarikan diri dengan cara agresif sehingga hampir merempuh anggota polis.
“Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan terkena tayar hadapan kenderaan menyebabkannya pancit,” katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.