Kuala Lumpur, 22 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1444 Hijrah di
Istana Negara di sini, pagi tadi.
Kehadiran KPN bersama isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa ke majlis tersebut telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Hampir 3,000 kenamaan turut hadir selain Perdana Menteri, Dato' Seri
Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato' Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail, anggota jemaah menteri, ketua-ketua perwakilan asing, kerabat dan dif-dif kenamaan lain.
Majlis turut diserikan apabila Sultan Abdullah berkenan bercemar duli menyantuni para tetamu yang hadir selain merakam gambar kenangan bersama pasangan pucuk pimpinan Pasukan itu.
Selain kuih muih tradisional, pelbagai juadah hari raya seperti ketupat, lemang, satay dengan kuah kacang menjadi hidangan istimewa dalam majlis tersebut.
Yang turut hadir, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur (
KL), DCP Dato' Yahaya Othman dan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL, SAC Muhammad Idzam Dato' Hj. Jaafar.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin