Alor Setar, 29 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP), Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama rakyat Kedah, di sini, pagi tadi.
Majlis yang berlangsung di Hotel Raia itu turut menyaksikan keberangkatan tiba Sultan Kedah,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dengan diiringi Perdana Menteri (PM), Dato' Seri
Anwar Ibrahim bersama beberapa menteri kabinet dan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor.
Majlis yang dihadiri hampir 25,000 pengunjung anjuran Jabatan PM merupakan julung kali diadakan sebelum dijadualkan ke lima negeri lain bagi memberi peluang kepada masyarakat meraikan sambutan Aidilfitri bersama pucuk pimpinan negara.
Turut hadir, Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah
Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Ketua
Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad serta Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am)
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim.