Tidak dinafikan media sosial merupakan platform paling "trend" untuk berkongsi apa sahaja termasuk hal peribadi. Namun tanpa disedari, ada pihak akan cuba mendapatkan maklumat peribadi anda melalui hantaran yang dibuat.
Sentiasa cakna dengan isu jenayah semasa seperti penggodaman akaun bank hanya dengan sedikit maklumat peribadi yang diperoleh. Elakkan berkongsi apa jua gambar secara terbuka, terutama yang memaparkan alamat rumah, nombor telefon, nombor kad bank dan sebagainya.
Hanya dengan sedikit kecuaian, wang anda mungkin akan hilang dalam sekelip mata.
Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=929964274715783