Putrajaya, 30 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis
Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa, hari ini meraikan Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi di kediaman rasmi TPM dekat Sri Satria, di sini.
Majlis yang bermula jam 4 petang
sehingga 10.30 malam akan memberi peluang kepada orang ramai untuk beramah mesra bersama pemimpin negara itu.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri
Anwar Ibrahim dan ribuan rakyat jelata.
Hadir sama, barisan Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua-ketua agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, para kenamaan negara luar serta Ketua
Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Hj. Abdul Aziz.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin