Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 220 KANAK-KANAK DIDERA MATI, IBU PELAKU TERTINGGI

Petaling Jaya, 1 Mei 2023 - Kes penderaan kanak-kanak hingga maut terus berlaku dengan ibu kandung menjadi pelaku tertinggi daripada 220 kes yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2018.

Dalam tempoh tersebut, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 91 kes diikuti masing-masing 23 kes di Kuala Lumpur dan Johor selain Negeri Sembilan (18 kes) manakala Perak (14 kes) dan bakinya di lain-lain negeri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah - JSJ PDRM Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, ibu kandung penyumbang tertinggi dengan 67 kes kanak-kanak maut akibat didera ‘di tangan’ wanita yang melahirkan mangsa.

Menurut beliau, dalam tempoh sama, sebanyak 46 kes membabitkan pelaku bapa kandung diikuti bapa tiri (sembilan kes) dan lain-lain ahli keluarga (11 kes).

“Daripada 220 kes, 133 kes kematian kanak-kanak dikaitkan dengan ahli keluarga iaitu kombinasi ibu bapa kandung, ibu bapa tiri dan ahli keluarga lain mangsa,” kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia Online seperti di lampiran atau menerusi pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../220-kanak-kanak-didera.../.

May be an image of text that says '220 kanak- kanak didera mati, ibu pelaku tertinggi 220 kanak- kanak didera mati, ibu pelaku tertinggi tahun HADZMAN direkodkan Kanak-kanak Kanak- berbangsa Melayu paling tinggi menjadi mangsa dera sehingga maut.' (43 beliau, kuman perbuatan ditemui kurang ketika nyak Bersambungdi muka2 tempoh lima Waktu Solat tegasnya. Kuala Lumpur ZUHUR Seremban 5:54 5:53 ASAR 4:31 4:31 4:30 Renungan 1:13 1:12 7:20 8:31 8:31 8:29 Sesiapa percaya Pulau 4:34 5:55 Kuala Terengganu 5:45 Bharu 5:48 5:499 7:27 7:15 7:20 4:27 8:39 8:27 8:27 Kangar ang 1:18 4:34 Surah l-'Ankabuut 8:40'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS