Lipis, 1 Mei 2023 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menyantuni seramai 36 orang ketua keluarga dengan menyampaikan sumbangan Aidilfitri sempena Program Komuniti Kepolisan Hari Bertemu Pelanggan Ketua
Polis Daerah Lipis di Kampung Tanjung Buluh, Lipis.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, program tersebut turut disertai seramai tujuh orang pegawai IPD Lipis menyampaikan bantuan
duit raya kepada ketua keluarga berkenaan di samping penerangan mengenai pencegahan jenayah hasil kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dipengerusikan oleh Najid Abu.
"Selain memuliakan bulan Ramadan menerusi amal jariah ini, program itu juga untuk mengeratkan ukhuwah antara masyarakat Kampung Tanjung Buluh, Mukim Cheka Dua dengan Polis Diraja Malaysia selari dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya.