Putrajaya, 1 Mei 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Plenary,
Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Majlis sambutan yang dianjurkan oleh
Kementerian Sumber Manusia itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri
Anwar Ibrahim yang bertujuan mengukuh dan merapatkan
lagi keharmonian perusahaan berlandaskan konsep tripartisme iaitu melibatkan pihak kerajaan, majikan serta pekerja di dalam negara.
Turut hadir, Timbalan PM, Dato’ Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia, Tuan
V.Sivakumar bersama timbalannya, Tuan A. Maniam dan para jemaah menteri serta Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini