Petaling Jaya, 2 Mei 2023 - Panas baran, cepat marah dan emosi tidak terkawal selain berada di bawah pengaruh dadah antara punca kes penderaan kanak-kanak, dengan ibu kandung menjadi pelaku tertinggi bagi tempoh lima tahun sejak 2018 hingga tahun lalu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, keadaan itu berlaku akibat faktor kewangan yang dihadapi suspek sebelum menjadikan kanak-kanak itu sebagai mangsa melepaskan geram.
Jelasnya, kurang ilmu hidup dan keibubapaan akibat perkahwinan serta kehamilan yang tidak dirancang menyumbang kepada perlakuan dera.
“Ada kes yang dilaporkan, pelaku belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai penjaga kanak-kanak tersebut di samping menghadapi pelbagai masalah lain seperti kewangan sehingga gagal mengawal emosi dan baran.
“Antara sebab lain adalah sikap ambil mudah dalam aspek penjagaan dan keselamatan kanak-kanak tanpa menjangkakan bahaya kepada kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kematian,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.