Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KANAK-KANAK MANGSA SEKS DALAM TALIAN

Petaling Jaya, 3 Mei 2023 - Gangguan seksual dalam talian melibatkan kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun dan ke bawah terus meningkat apabila sebanyak 1,464 kes direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun lalu berbanding hanya 1,273 kes pada tahun 2021.

Pelaku mencari mangsa menerusi pelbagai aplikasi media sosial seperti WhatsApp, We-Chat, Instagram, Facebook, MiChat, Omi, Litmatch dan PUBG.

Trend jenayah tersebut membimbangkan apabila dalam tempoh lima tahun iaitu 2018 hingga 2022 sebanyak 5,727 kes jenayah seksual yang berpunca daripada media sosial membabitkan mangsa bawah umur 18 tahun direkodkan PDRM.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, berdasarkan statistik tersebut, secara purata sehari tiga kanak-kanak atau remaja menjadi mangsa pelaku gila seks dalam talian.

“Tahun lalu PDRM merekodkan peningkatan 46 peratus kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak apabila menerima 1,464 kes berbanding dengan hanya 786 kes tahun 2018.

“Tahun 2021 sebanyak 1,273 kes, 2020 (1,277 kes), 2019 hanya 927 kes,” kata beliau.

Kata beliau, gangguan seksual paling tinggi direkodkan membabitkan perlakuan amang seksual secara fizikal iaitu dengan 4,440 kes diikuti amang seksual bukan fizikal (189 kes) dan mengakses pornografi kanak-kanak (67 kes) serta lain-lain kesalahan seksual (132 kes).

ACP Siti Kamsiah berkata, kebanyakan kes jenayah seksual dalam tempoh lima tahun lalu berpunca daripada pendedahan di media sosial.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS