Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJ PENGERUSIKAN MESYUARAT KHAS BERSAMA KPP DAN KETUA-KETUA JABATAN SELURUH NEGARA.

Kuala Lumpur, 3 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Ketua Penolong Pengarah (KPP) dan Ketua-ketua JSJ seluruh negara secara bersemuka serta melalui telesidang bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, di sini, siang tadi.

Mesyuarat tersebut adalah yang pertama kali dijalankan oleh beliau selepas memegang tampuk kepimpinan jabatan berkenaan pada 14 April lalu.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan), Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS