Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JLOG SAKSI MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KP DAN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN TERENGGANU

Kuala Terengganu, 4 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Terengganu di antara DCP Dato' Rohaimi Md Isa dengan penyandang baharu, DCP Datuk Mazli Mazlan yang diadakan di D' Redang Hall, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, semalam.

Datuk Mazli yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, menggantikan Dato' Rohaimi sebagaimana arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis yang diumumkan baru-baru ini.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Seri Sahabudin menzahirkan ucapan tahniah kepada Dato’ Rohaimi kerana diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Pasukan untuk mengalas jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman yang baharu.

Turut diadakan, Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Terengganu di antara penyandangnya, Datin Azizah Malisa Ramli kepada isteri Datuk Mazli iaitu Datin Nur Izzati Dato' Shafii.

Menyaksikan majlis tersebut ialah Pengerusi Perkep JLog, Datin Seri Nor Aidila Abdul Majid.

Hadir sama, Timbalan KP Terengganu, SAC Dato' Wan Rukman Wan Hassan, Ketua-ketua Jabatan IPK Terengganu, barisan Ketua Polis Daerah dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Terengganu.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS