Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP TIRIS: KPDN DAN PDRM SITA 7,200 LITER DIESEL SUBSIDI

Port Dickson, 5 Mei 2023 - @Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN ) Negeri Sembilan dengan kerjasama polis menyita 7,200 liter diesel subsidi menerusi Op Tiris selepas menyerbu sebuah premis di Site C Tanah Merah, Port Dickson, kelmarin.

Pengarahnya, Tuan Muhammad Zahir Mazlan berkata, dalam serbuan jam 9 malam, pihaknya turut merampas dua lori, sebuah lori tangki, telefon bimbit serta peralatan yang digunakan untuk aktiviti penyelewengan itu dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM195,480.

“Pemeriksaan ke atas premis mendapati terdapat dua lelaki tempatan dipercayai pekerja sedang memindahkan diesel bersubsidi dari tangki kepala lori ke tangki lori treler.

“Lelaki berkenaan kemudian ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti rantaian bekalan minyak diesel bersubsidi yang terbabit dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Di Padang Besar, KPDN merampas 1,150 liter petrol dan diesel bersubsidi, dipercayai diseleweng bernilai RM 13,457.50 dalam dua serbuan di kawasan tanah lapang, Jalan Wang Kelian di sini, kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 2 people and text
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS