Kuala Lumpur, 7 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia menyangkal dakwaan pempengaruh, Caprice yang mengkritik tindakan pihak berkuasa yang seolah-olah melindungi penunggang motosikal ‘kayangan'.
Menurut Dato' Sri Mat Kasim, pihaknya tidak pilih kasih ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya.
“Tidak kira menunggang motosikal kapcai atau Ducati, mereka yang terlibat akan diambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang ditetapkan.
“Untuk makluman, dua kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibuka oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor berkait kejadian berasingan yang melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.